Tuesday, November 15, 2011

PENDIDIKAN KRAF MEGA

Pendidikan Kraf Mega di SK Gita 2

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan bekerjasama dengan Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 telah mengadakan Pendidikan Kraf  di bawah Program Citra Warisan Kraftangan Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 pada 6 Oktober 2011 (Khamis).

Ianya bertujuan mengajar asas menganyam rotan, buluh, menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik di samping menyemai bakat dan mengajak mereka  mencintai kraf warisan. Ini membolehkan mereka memahami erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.

Matlamat utama Program Citra Seni ini juga agar ianya dapat mencetuskan kesedaran dan keyakinan diri murid-murid terhadap seni kreatif . Melalui program ini pelajar-pelajar telah diberi maklumat mengenai KRAFTANGAN MALAYSIA serta berpeluang mengalami dan membuat sendiri kraf yang diajarkan.

Seramai 160 orang murid di Tanun 6 dan 10 orang Guru Pengawas dari 7 buah sekolah iaitu SK Gita No. 2, SK Gita, SK Rakyat Tupong, SK Combined, SK Merpati Jepang, SK Astana dan SK Semariang telah terlibat mengikuti gerak kerja menganyam rotan, buluh, menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik telah dilaksanakan.


Pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti pendidikan kraf

Pendidikan kraf anyaman buluh

Pendidikan kraf batik canting

Sebahagian pelajar yang terlibat
 
Program Pendidikan Kraf Mega di Kampus UiTM Kota Samarahan

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Dalaman Program Intergrasi Nasional Pertukaran Budaya 1 Malaysia Siri 03/2011 UiTM Kota Samarahan  telah mengadakan Pendidikan Kraf Mega bertempat di Universiti Teknologi Malaysia UiTM, Kota Samarahan  pada 13 November 2011 (Ahad).

Pendidikan Kraf menganyam rotan, buluh, menyulam manik,dan mencanting batik adalah merupakan pengisian khusus kepada mahasiswa/i menyemai bakat dan mengajak mereka  mencintai kraf warisan di samping aktiviti lain yang mereka jalankan. Ini membolehkan mereka memahami erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.

Seramai 260 orang mahasiswa/i  dan pegawai pengiring UiTM seluruh Malaysia dan beberapa IPTS di Sarawak telah menyertai program ini seperti UiTM Kota Samarahan, UiTM Cawangan Sabah, UiTM Cawangan Kelantan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, UiTM Cawangan Melaka, UiTM Cawangan Kedah, UiTM Cawangan Perlis, UiTM Cawangan Johor, UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pahang, UiTM Cawangan Terangganu, UiTM Shah Alam dan Universiti Tun Abdul Razak, Sarawak.


Dewan dipenuhi oleh mahasiswa/i yang menyertai pendidikan kraf

Pendidikan kraf menganyam buluh sedang dilakukan

Kerja-kerja mencanting sedang dilakukan diluar dewan

Mahasiswa/i sedang melihat hasil produk yang telah mereka siapkan

Majlis penutupan sedang dilakukan.

Mahasiswa/i yang telah berjaya menyiapkan hasil produk mereka