Tuesday, December 6, 2011

PROMOSI & JUALAN


Satok Fest’ 2011 Di Kuching Waterfront


Kuching, Sarawak – Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok (PKPS) dengan kerjasama pihak kerajaan, swasta dan badan NGO telah menganjurkan Satok Fest’ 2011 kali ke 5 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak bermula pada 1 hingga 4 Disember 2011. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput bagi menyertai aktiviti promosi dan jualan di mana Kraftangan Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Amar Abg Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abg Haji Openg, Menteri Perumahan Dan Menteri Pelancongan Sarawak pada 2 Disember 2011 mulai jam 8.00 malam.

Satok Fest’ 2011 ini bertujuan untuk memertabatkan Satok sebagai hub tarikan pelancongan dan memberi peluang dan galakan kepada pengusaha untuk memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di Satok disamping mencari pasaran baru di Satok serta menyokong aktiviti yang dijalankan oleh pihak penganjur.

19 orang usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil rimba, tekstil, seramik dan aneka kraf terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru di sekitar Kuching.


Usahawan yang terlibat dalam festival ini :

1. Manita Enterprise (Kayu)
2. Sandora Craft Collection (Batik)
3. Tradelinks Management System (Seramik)
4. Alis Ameer Enterprise (Batik)
5. B-Jang Arts & Crafts (Kayu)
6. Ros Handicraft (Manik) 
7. Seni Buluh Enterprise (Ukiran Buluh)
8. Borneo Oricraft Company (Tenunan Pua)
9. Koperasi Kraftangan Abit Serian (Anyaman Rotan)
10. Rinda Craft (Aneka Kraf)
11. Lika Annie (Aneka Kraf)
12. Bidakraf (Kulit Kayu)
13. Victoria Enterprise (Manik Seramik)
14. Sharifah Handicraft (Manik Seramik)
15. Heliconia Craft Collection (Manik Seramik)
16. Olumis Enterprise (Aneka Kraf)
17. Pegari Enterprise (Aneka Kraf)
18. Jenza Enterprise (Aneka Kraf)
19. Putit Lamat (Ukiran Khat)




Usahawan kraf B-Jang Arts & Crafts sedang menghasilkan aksesoris berasaskan kayu

Kepelbagaian aksesoris manik yang dihasilkan oleh usahawan kraf manik

Usahawan kraf rotan sedang memberi penerangan mengenai kegunaan produk rotan

Kelihatan pengunjung sedang melihat lukisan batik yang dipamerkan

Kepelbagaian rupa, bentuk dan warna batik yang dihasilkan oleh usahawan kraf batik ini


Monday, December 5, 2011

PROMOSI & JUALAN


Ekspo Beli Barangan Malaysia Dan Peluang Perniagaan Francais Negeri Sarawak


Miri, Sarawak – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) telah menganjurkan Ekspo Beli Barangan Malaysia Dan Peluang Perniagaan Francais Negeri Sarawak pada 24 hingga 28 November 2011 bertempat di Bintang Megamall, Miri, Sarawak. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput untuk menyertai aktiviti jualan di mana Kraftangan Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia pada 24 November mulai pukul 2.00 petang.

Ekspo ini bertujuan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara di samping meningkatkan perbelanjaan domestik di kalangan masyarakat serta mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang produk tempatan yang variasi dan bermutu tinggi setanding dengan produk luar negara. 

6 usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil rimba, tekstil dan seramik terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru. 



Usahawan yang terlibat dalam ekspo ini :

1. Malek Batik (Batik Painting)
2. Borneo Oricraft Company (Tenunan Pua Kumbu)
3. Imor Kraf (Anyaman Rotan)
4. Koperasi Kraftangan Abit Serian (Anyaman Rotan)
5. Bengkel Manik Seramik (Manik Seramik)
6. Mirit Tai (Manik Seramik)


Dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia

Usahawan yang dipilih adalah usahawan yang boleh berdikari dan dapat membiayai sendiri kos yang terlibat dalam promosi ini serta mereka juga berkemampuan untuk membuat perundingan bagi tempahan dan pengeluaran.


Lawatan Timbalan Menteri KPDNKK ke tapak ekspo

Usahawan kraf rotan sedang memberi penerangan tentang produk kraf yang dihasilkan

Keunikan dan tradisional tenunan pua yang di bawa oleh usahawan kraf tenunan pua ini

Pelbagai jenis rupa dan warna batik yang dihasilkan oleh usahawan kraf batik ini





Tuesday, November 15, 2011

PENDIDIKAN KRAF MEGA

Pendidikan Kraf Mega di SK Gita 2

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan bekerjasama dengan Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 telah mengadakan Pendidikan Kraf  di bawah Program Citra Warisan Kraftangan Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 pada 6 Oktober 2011 (Khamis).

Ianya bertujuan mengajar asas menganyam rotan, buluh, menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik di samping menyemai bakat dan mengajak mereka  mencintai kraf warisan. Ini membolehkan mereka memahami erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.

Matlamat utama Program Citra Seni ini juga agar ianya dapat mencetuskan kesedaran dan keyakinan diri murid-murid terhadap seni kreatif . Melalui program ini pelajar-pelajar telah diberi maklumat mengenai KRAFTANGAN MALAYSIA serta berpeluang mengalami dan membuat sendiri kraf yang diajarkan.

Seramai 160 orang murid di Tanun 6 dan 10 orang Guru Pengawas dari 7 buah sekolah iaitu SK Gita No. 2, SK Gita, SK Rakyat Tupong, SK Combined, SK Merpati Jepang, SK Astana dan SK Semariang telah terlibat mengikuti gerak kerja menganyam rotan, buluh, menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik telah dilaksanakan.


Pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti pendidikan kraf

Pendidikan kraf anyaman buluh

Pendidikan kraf batik canting

Sebahagian pelajar yang terlibat
 
Program Pendidikan Kraf Mega di Kampus UiTM Kota Samarahan

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Dalaman Program Intergrasi Nasional Pertukaran Budaya 1 Malaysia Siri 03/2011 UiTM Kota Samarahan  telah mengadakan Pendidikan Kraf Mega bertempat di Universiti Teknologi Malaysia UiTM, Kota Samarahan  pada 13 November 2011 (Ahad).

Pendidikan Kraf menganyam rotan, buluh, menyulam manik,dan mencanting batik adalah merupakan pengisian khusus kepada mahasiswa/i menyemai bakat dan mengajak mereka  mencintai kraf warisan di samping aktiviti lain yang mereka jalankan. Ini membolehkan mereka memahami erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.

Seramai 260 orang mahasiswa/i  dan pegawai pengiring UiTM seluruh Malaysia dan beberapa IPTS di Sarawak telah menyertai program ini seperti UiTM Kota Samarahan, UiTM Cawangan Sabah, UiTM Cawangan Kelantan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, UiTM Cawangan Melaka, UiTM Cawangan Kedah, UiTM Cawangan Perlis, UiTM Cawangan Johor, UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pahang, UiTM Cawangan Terangganu, UiTM Shah Alam dan Universiti Tun Abdul Razak, Sarawak.


Dewan dipenuhi oleh mahasiswa/i yang menyertai pendidikan kraf

Pendidikan kraf menganyam buluh sedang dilakukan

Kerja-kerja mencanting sedang dilakukan diluar dewan

Mahasiswa/i sedang melihat hasil produk yang telah mereka siapkan

Majlis penutupan sedang dilakukan.

Mahasiswa/i yang telah berjaya menyiapkan hasil produk mereka

Tuesday, October 18, 2011

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU


Detik-detik terakhir Sdr. Azran mengetik 'punch card' di PKKM Cawangan Sarawak. Beliau akan bertukar di Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Ibu Pejabat


Tuesday, October 4, 2011

EXPLORASI KRAF SARAWAK 2011

EXPLORASI KRAF SARAWAK 2011 @ onie

Pada 1 & 2 Oktober 2011 seramai 25 anggota kerja telah berjaya melaksanakan Explorasi Kraf bermotosikal dan berkereta dari Kuching – Kampung Mang – Kampung Bajong – Sebuyau – Kampung Lintang Jaie – Kuching. Perjalanan Explorasi Kraf sejauh 297 Kilometer telah berjaya dan selamat pergi serta kembali ke distinasi masing-masing.

Explorasi Kraf ini adalah bertujuan untuk memperlihatkan kerjasama dan komitmen anggota kerja di dalam melakukan kerja-kerja mereka di samping jaringan kerjasama dengan usahawan supaya usahawan tidak merasa terpinggir. Explorasi ini juga diamanahkan untuk memberi maklumat serta menyampaikan hasrat  kerajaan bagi membantu usahawan dengan menyerahkan gran kepada usahawan di Kampung Mang (bahan mentah dan peruntukan pembinaan bengkel), usahawan di Kampung Lintang Jaie, Kota Samarahan (rak penyimpanan produk), usahawan di Kampung Sungai Raya, Simunjan (peralatan mesin jahit) dan usahawan di Kampung Kedempai, Simunjan (peralatan mesin jahit).

Kejayaan explorasi ini memperlihatkan komitmen yang tinggi di kalangan anggota kerja yang terlibat di dalam mempersiapkan diri sebelum dan semasa explorasi ini dijalankan. Sambutan daripada usahawan amat menggalakkan dan mereka merasa terharu di atas kehadiran rombongan kami serta berharap ianya diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Explorasi Kraf ini diketuai oleh Saudara Onn Marzuki serta Saudara Ramlee Tuan selaku ‘sweeper’ telah dilepaskan oleh Yang Berusaha Encik Sahaimi Abdul Manaf, Pengarah Kraftangan Negeri Sarawak.

                                                        GAMBAR-GAMBAR EXPLORASI
               Bacaan doa sebelum perlepasan.                                          Anggota kerja yang menyertai Explorasi Kraf


Perlepasan dilakukan oleh Encik Sahaimi Abdul Manaf, Pengarah Kraftangan Negeri Sarawak

         Majlis menandatangani penyerahan gran pembinaan bengkel dan bahan mentah kepada usahawan di Kampung Mang, Kota Samarahan.

                Distinasi pertama untuk berhenti rehat makan tengahari di rumah salah seorang anggota kerja

Berhenti rehat seketika

                                                Berhenti rehat di Pangkalan Feri Sungai Buluh

                                  Berkerjasama berganding bahu menyediakan jamuan untuk sebelah malam

                                             Beginilah keadaan suasana di malam hari kami tidur


Bergambar di rumah salah seorang anggota kerja di Kampung Bajong

Bergambar di Sebuyau, Simunjan

Distinasi terakhir Explorasi berhenti makan tengahari di salah sebuah rumah usahawan kraf SDSI


Sunday, August 21, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2011/1432H

PENGARAH DAN SEMUA ANGGOTA KERJA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK
MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITIR 2011/1432H MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, August 3, 2011

PROMOSI KRAF MALAYSIA & KARNIVAL KPKK 2011

PROGRAM PENDIDIKAN / INTERAKTIF KRAF DAN
BICARA DAN BENGKEL WARISAN ADIGURU KRAF PASU IBAN
DI SARAWAK TOURISM COMPLEX @ oleh Haironi bin Haji Bohari

PENGENALAN

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Pendidikan / Interaktif Kraf dan Bicara dan Bengkel Bicara Warisan Adiguru Kraf Pasu Iban bertempat di Sarawak Tourism Complex sepanjang Promosi Kraf Malaysia & Karnival KPKK 2011 pada 22 Julai – 31 Julai 2011.

Seramai 490 orang pelajar-pelajar IPTA, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Persatuan NGO’s , orang awam dan pelancong telah mengambil bahagian.

Karnival Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) turut sama mengisi pelbagai aktiviti dan sidang ilmu sepanjang promosi dilangsungkan.

MAJLIS PERASMIAN

Majlis perasmian Promosi Kraf Malaysia & Karnival KPKK telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Gramong Juna, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak.

Turut hadir adalah Encik Resat b Salleh, Pengerusi Karnival Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Sarawak, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak Encik Mohd. Zahari Razali, Encik Sahaimi Abdul Manaf, mewakili Ketua Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA, Pengarah-Pengarah agensi di bawah KPKK, Ketua-ketua Jabatan, para jemputan dan pelajar-pelajar sekolah.

Yang Berhormat juga berkesempatan melawat dan beramah mesra dengan semua usahawan-usahawan yang disertai oleh 63 orang usahawan kraf termasuk 21 usahawan Sarawak, 39 daripada Semenanjung Malaysia dan 3 dari Sabah.

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PERASMIAN

Yang Berhormat Datuk Gramong Juna diiringi oleh Encik Sahami Abdul Manaf masuk ke dewan perasmian

Dari kanan Encik Sahaimi Abdul Manaf, Encik Resat Salleh, YB Datuk Gramong Juna


                                                                Para jemputan yang hadir


       Ucapan Encik Resat Salleh, Pengerusi Karniva KPKK                           Ucapan Encik Sahaimi Abdul Manaf, mewakili
                                                                                                                                            Ketua  Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA


          Yang Berhormat Datuk Gramong Juna, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak menyampaikan                ucapan Perasmian

              Yang Berhormat Datuk Gramong Juna melakukan gimik perasmian Promosi Kraf Malaysia dan                         Karnival KPKK 2011


     P enyampaian sumbangan gran kepada usahawan                                              Penyampaian hadiah Sukan KPKK

Yang Berhormat bergambar bersama-sama penerima sumbangan gran dan pemenang Sukan KPKK

Yang Berhormat Datuk Garamong Juna membuat lawatan sambil beramah mesra dengan usahawan


PENDIDIKAN KRAF MEGA

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah berjaya mengadakan Pendidikan Kraf Mega pada 22 Julai 2011 (Jumaat) bersempena dengan perasmian pada hari tersebut.

Seramai 210 orang pelajar-pelajar IPTA, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah beserta dengan Pensyarah/Guru pengiring dari UiTM Kota Samarahan. MRSM, Kuching, Kolej Komuniti Kuching, Sekolah STAR, SMK Bandar Semariang, SK Gita II dan SK Rampangi telah melakukan pendidikan kraf dalam bidang batik canting, sulaman manik, anyaman buluh dan anyaman rotan.

Yang Berhormat Datuk Gramong Juna turut menyaksikan aktiviti pendidikan kraf dan telah menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menghasilkan produk yang cantik.

GAMBAR-GAMBAR PENDIDIKAN KRAF MEGA


Pelajar-pelajar yang hadir dan Ucapan Perasmian oleh Puan Salmi Mohd. Isa













BICARA DAN BENGKEL WARISAN ADIGURU KRAF PASU IBAN

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak juga telah berjaya mengadakan Bicara dan Bengkel Warisan Adiguru Kraf Pasu Iban pada 24 Julai 2011 (Ahad).

Seramai 110 orang pelajar-pelajar dari IPTA beserta dengan Pensyarah / Pengiring dari UiTM (Falkuti Pengurusan Hotel dan perlancongan), UiTM (Falkuti Seni Halus & Seni Reka) dan Kolej Komuniti Kuching telah menyertai Bicara Warisan dan gerak kerja pembuatan pasu Iban serta pembuatan pasu teknik lingkaran.

Sebelum itu pelajar-pelajar telah mengikuti Bicara Warisan bertajuk Seni Kraf Seramik Warisan Sarawak : Pengekalan Dam Pembangunan. Ahli penel yang telah dijemput adalah Encik Andah ak. Lembang, Adiguru Kraf Pasu Iban, Encik Gerald Goh, Pengarah Urusan SARAKRAF, Encik Tazudin Mokhtar, Korator Muzium Negeri Sarawak dan Encik Haironi b Haji Bohari selaku moderator.

Gerak kerja membuat pasu Iban telah ditunjukajar oleh Encik Andah ak Lembang bersama-sama 4 orang pembantunya manakala pembuatan pasu dengan teknik lingkaran telah dilakukan oleh pelajar-pelajar ditunjukajar oleh Encik Ismail Ibrahim dan dibantu oleh bebarapa usahawan seramik.

Demonstrasi teknik lemparan alin (throwing) dan tuangan slip (casting) turut diperlihatkan kepada pelajar-pelajar.

GAMBAR-GAMBAR BICARA DAN BENGKEL WARISAN

Encik Azran Arip melakukan majlis persamian dan sebahagian pelajar yang hadir 


 
Dari kiri Encik Andah ak Lembang, Encik Gerald Goh, Encik Tazudin Mokhtar dan Encik Haironi b Haji Bohari










PENDIDIKAN / INTERAKTIF KRAF

Sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2011 diadakan, Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah berjaya mengadakan Pendidikan / Interaktif Kraf pada 23, 25 – 31 Julai 2011.

Aktiviti telah melibatkan penyertaan seramai 170 pelajar-pelajar Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, orang awam dan pelancong beserta dengan guru pengiring dari SK Encik Buyong, SK Satria Jaya, SMK Tun Abang Haji Openg, SMK Demak Laut, SMK Tabuan Jaya dan Penyelia KEMAS Kuching.

Pendidikan / Interaktif yang dilaksanakan seperti batik canting, sulaman manik, anyaman buluh dan anyaman rotan. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada anggota kerja seperti Hajah Saptuyah Mohd. Edoon, Puan Udaidah Hj. Suhaili, Prida Agustin, Brahim Saidi dan dibantu oleh usahawan-usahawan kraf.

GAMBAR-GAMBAR PENDIDIKAN/INTERAKTIF KRAF