EXPLORASI KRAF SARAWAK 2011 @ onie
Pada 1 & 2 Oktober 2011 seramai 25 anggota kerja telah berjaya melaksanakan Explorasi Kraf bermotosikal dan berkereta dari Kuching – Kampung Mang – Kampung Bajong – Sebuyau – Kampung Lintang Jaie – Kuching. Perjalanan Explorasi Kraf sejauh 297 Kilometer telah berjaya dan selamat pergi serta kembali ke distinasi masing-masing.
Explorasi Kraf ini adalah bertujuan untuk memperlihatkan kerjasama dan komitmen anggota kerja di dalam melakukan kerja-kerja mereka di samping jaringan kerjasama dengan usahawan supaya usahawan tidak merasa terpinggir. Explorasi ini juga diamanahkan untuk memberi maklumat serta menyampaikan hasrat kerajaan bagi membantu usahawan dengan menyerahkan gran kepada usahawan di Kampung Mang (bahan mentah dan peruntukan pembinaan bengkel), usahawan di Kampung Lintang Jaie, Kota Samarahan (rak penyimpanan produk), usahawan di Kampung Sungai Raya, Simunjan (peralatan mesin jahit) dan usahawan di Kampung Kedempai, Simunjan (peralatan mesin jahit).
Kejayaan explorasi ini memperlihatkan komitmen yang tinggi di kalangan anggota kerja yang terlibat di dalam mempersiapkan diri sebelum dan semasa explorasi ini dijalankan. Sambutan daripada usahawan amat menggalakkan dan mereka merasa terharu di atas kehadiran rombongan kami serta berharap ianya diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Explorasi Kraf ini diketuai oleh Saudara Onn Marzuki serta Saudara Ramlee Tuan selaku ‘sweeper’ telah dilepaskan oleh Yang Berusaha Encik Sahaimi Abdul Manaf, Pengarah Kraftangan Negeri Sarawak.
GAMBAR-GAMBAR EXPLORASI
Bacaan doa sebelum perlepasan. Anggota kerja yang menyertai Explorasi KrafGAMBAR-GAMBAR EXPLORASI
Perlepasan dilakukan oleh Encik Sahaimi Abdul Manaf, Pengarah Kraftangan Negeri Sarawak |
Majlis menandatangani penyerahan gran pembinaan bengkel dan bahan mentah kepada usahawan di Kampung Mang, Kota Samarahan. |
Distinasi pertama untuk berhenti rehat makan tengahari di rumah salah seorang anggota kerja
Berhenti rehat seketika |
Berhenti rehat di Pangkalan Feri Sungai Buluh
Berkerjasama berganding bahu menyediakan jamuan untuk sebelah malam
Beginilah keadaan suasana di malam hari kami tidur
Bergambar di rumah salah seorang anggota kerja di Kampung Bajong |
Bergambar di Sebuyau, Simunjan |
Distinasi terakhir Explorasi berhenti makan tengahari di salah sebuah rumah usahawan kraf SDSI |
No comments:
Post a Comment