Thursday, June 24, 2010

LAWATAN ISTERI-ISTERI KEPADA PENASIHAT PERTAHANAN ASING

Selasa, 22 Jun 2010 : Isteri-isteri kepada penasihat pertahanan asing yang berpejabat di Kedutaan Dan Suruhanjaya Tinggi Asing di Kuala Lumpur dari USA, Singapore, United Kindom, Canada, Poland dan German seramai 10 orang telah membuat lawatan ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Rombongan telah dibawa melawat Bilik Pameran dan Geleri Muzium serta Usahawan Skim Pengeluaran Inkubator Kraf. Sebelum itu pelawat melakukan interaktif kraf batik canting yang ditunjukajar oleh Pengajar Kraf kita. Rombongan diiringi oleh Kapten Wan Nafsiah bt Mohamed Sa’aya dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Lawatan ke ruang pameran R & D

Lawatan ke Geleri Muzium

Melakukan interaktif kraf batik canting

Wednesday, June 23, 2010

PROGRAM PUSAT SENI SETEMPAT 2010 dan PROGRAM MERAKYATKAN SENI

Sabtu, 19 Jun 2010 : Sekali lagi Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak menyelaras dan menyertai Program Pusat Seni Setempat 2010 dan Program Merakyatkan Seni di Tebingan Sungai Kuching. Tetamu kehormat yang hadir adalah Yang Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan Negeri Sarawak merangkap ADUN N. 8 Satok dan Isteri.

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sarawak dan Negeri Sabah bergabung bersama mengadakan Persembahan Kesenian Jalinan Muhibbah Borneo pada malam tersebut.

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak turut sama memeriahkan program tersebut dengan mengadakan demonstrasi sulaman keringkam, batik canting dan jualan buku-buku kraf tangan terbitan KRAFTANGAN MALAYSIA. Tiga (3) orang usahawan turut terlibat membuat jualan.

Hasil daripada pemerhatian yang dibuat program ini amat membantu KRAFTANGAN MALAYSIA untuk memperkenalkan pelbagai seni kraf warisan serta membantu usahawan mempromosi produk tempatan mereka.

Tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut. Tiga dari kiri
YB Datuk Amar Abg. Abdul Zohari Tun Abang Haji Openg dan Isteri (dua dari kanan)
Persembahan Kebudayaan Jalinan Muhibbah Borneo di antara Sarawak dan Sabah

Jualan buku-buku kraf tangan terbitan KRAFTANGAN MALAYSIA dan
demonstrasi batik canting dan sulaman keringkam

Usahawan yang menyertai Program Pusat Seni Setempat

hhb..

Monday, June 21, 2010

PROGRAM KEMASYARAKATAN 1 MALAYSIA SEMPENA PERAYAAN GAWAI DAYAK 2010

Pada hari Sabtu 19 Jun 2010 :  Program Kemasyarakatan 1 Malaysia telah diadakan di Rumah Panjang Benuk , Pedawan, Jalan Borneo Height, Serian.  Program ini adalah merupakan upacara penutupan perayaan Gawai Dayak tahun 2010. Upacara ini telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Jeseph Salang Gandum.

Program ini juga adalah merupakan satu pendekatan terbaik untuk pemimpin turun padang bersama rakyat setempat dalam suasana yang lebih dekat dan mesra. Sambutan ini menyaksikan simbol perpaduan, aspirasi dan ruang untuk rakyat meningkatkan penghayatan terhadap seni, budaya dan warisan.

Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak turut sama memeriahkan dan menyelaras program tersebut dengan mengadakan aktiviti Pendidikan Kraf untuk anak-anak penghuni Rumah Panjang Benuk yang berusia 8 – 12 tahun, pada pagi dan petang hari tersebut.

Seramai 20 orang anak-anak telah menyertai aktiviti ini. Pendidikan Kraf telah ditunjuk ajar oleh Encik Tony Rantai ak Jawa dan dibantu oleh Encik Hafizie Safiee.

Sambutan amat menggalakkan di mana masih ramai anak-anak serta belia ingin turut serta namun penyertaan pada hari tersebut amat terhad. Saranan daripada Penghulu Encik Rimong Sutut mengharapkan agar KRAFTANGAN MALAYSIA dapat mengadakan lagi aktiviti sedemikian pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Jeseph Salang Gandum (dua dari kanan) dan Encik Sahaimi Abdul Manaf Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak (tiga dari kiri) dan Ketua-Ketua Jabatan menantikan ketibaan tetamu kehormat.
Upacara sambutan oleh gadis-gadis Bidayuh dengan pakaian tradisional mereka.
Pendidikan dan Demonstrasi kraf sedang berjalan 

Peserta sedang tekun membuat / mewarna lukisan batik mereka

Hasil kerja yang telah dilakukan oleh anak-anak rumah panjang Benuk

Thursday, June 17, 2010

LAWATAN GURU SMK PALOH, KLUANG JOHOR

Rabu, 16 Jun 2010. Seramai 38 orang guru dan 10 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh, JKR 1153, Kampung Merdeka, Paloh, Kluang, Johor Darul Ta’zim yang diketuai oleh Puan Nurhayati bt. Amel elah membuat lawatan ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Rombongan telah dibawa melawat Geleri Muzium dan Usahawan Skim Pengeluaran Inkubator Kraf.

Guru dan pelajar bergambar beramai-ramai



Guru-guru melawat geleri warisan dan usahawan

Tuesday, June 15, 2010

LAWATAN PENGERUSI DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH SERTA ROMBONGAN KE SARAWAK

Selasa, 15 Jun 2010 Pengerusi KRAFTANGAN MALAYSIA Yang Berbahagia Datuk Zakiah Ahmad dan ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada YBhg. Datuk Atikah Adom, YBhg. Dato' Norhayati Omar, YBhg. Dato' Mohamad Kamarudin Hassan, Encik Kamarozzaman Haji Mohd. Salleh, Cik Azah Hanim dan Encik Mohd. Kamil Mohd. Ali, Ketua Pengarah KARAFTANGAN MALAYSIA telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA Bil. 4/2010 di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Jalan Stadium, Petra Jaya, Kuching.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah YBhg. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Encik Ramli Mohd. Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Encik Shahrudin Mohd. Nor, Encik Zainal Abidin Che Pa (IKN), Encik Yusak Mahmud (R & D Ibu Pejabat) dan Encik Nordin Mustafa (Audit Dalam) KRAFTANGAN MALAYSIA.


Yang Berbahagia Datuk Zakiah Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah (lima dari kanan) dan Yang Berusaha Encik Mohd Kamil Mohd. Ali, Ketua Pengarah (lima dari kiri) bersama Ahli Lembaga Pengarah dan Pegawai KRAFTANGAN MALAYSIA

                
Kehadiran Pengerusi dan Ahli Lembaga disambut oleh anggota kerja KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan sarawak.
                                                              
Sebelum itu, pada 14 Jun 2010 (Isnin) rombongan Pengerusi dan Ahli Lembaga KRAFTANGAN MALAYSIA melakukan lawatan kerja ke tempat usahawan SDSI Kraf Pandan (anyaman) di Kampung Rangawan, Kota Semarahan dan usahawan SDSI Kraf Logam (pembuatan parang) di Kampung Jaie, Kota Semarahan dan usahawan tembikar Wong Seng Hup Pottery, Jalan Batu 3, Kuching.

Turut serta dalam lawatan ini adalah Timbalan Ketua Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA (Operasi) dan rombongan dan Pengarah Kraftangan Negeri Encik Sahaimi Abdul Manaf.

Pengerusi dan Ahli Lembaga KRAFTANGAN MALAYSIA melakukan Lawatan Kerja ke Bengkel SDSI Kraf Pandan (anyaman) di Kampung Rangawan, Kota Semarahan.


Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA melakukan Lawatan Kerja ke Bengkel SDSI Kraf Logam (pembuatan parang) di Kampung Jaie, Kota Semarahan

Yang Berbahagia Datuk Zakiah Ahmad melakukan perasmian Bengkel SDSI Kraf Logam serta melihat hasil produk parang yang dikeluarkan.


Pengerusi Lembaga KRAFTANGAN MALAYSIA dan rombongan melihat gerak kerja pembuatan parang. Sambutan turut dimariahkan dengan peersembahan gendang Melayu sarawak.
Lawatan ke Wong Seng Hup Pottery, Jalan Batu 3, Kuching
Pada sebelah malamnya rombongan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah di raikan jamuan makan malam bersama 30 orang usahawan di Saddad Food Court.



hhb...