Program ini juga adalah merupakan satu pendekatan terbaik untuk pemimpin turun padang bersama rakyat setempat dalam suasana yang lebih dekat dan mesra. Sambutan ini menyaksikan simbol perpaduan, aspirasi dan ruang untuk rakyat meningkatkan penghayatan terhadap seni, budaya dan warisan.
Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak turut sama memeriahkan dan menyelaras program tersebut dengan mengadakan aktiviti Pendidikan Kraf untuk anak-anak penghuni Rumah Panjang Benuk yang berusia 8 – 12 tahun, pada pagi dan petang hari tersebut.
Seramai 20 orang anak-anak telah menyertai aktiviti ini. Pendidikan Kraf telah ditunjuk ajar oleh Encik Tony Rantai ak Jawa dan dibantu oleh Encik Hafizie Safiee.
Sambutan amat menggalakkan di mana masih ramai anak-anak serta belia ingin turut serta namun penyertaan pada hari tersebut amat terhad. Saranan daripada Penghulu Encik Rimong Sutut mengharapkan agar KRAFTANGAN MALAYSIA dapat mengadakan lagi aktiviti sedemikian pada masa akan datang.
Upacara sambutan oleh gadis-gadis Bidayuh dengan pakaian tradisional mereka. |
Peserta sedang tekun membuat / mewarna lukisan batik mereka
Hasil kerja yang telah dilakukan oleh anak-anak rumah panjang Benuk |
No comments:
Post a Comment