Monday, February 22, 2010

PROGRAM PUSAT SENI SETEMPAT 2010

Program Pusat Seni Setempat 2010 di Tebingan Sungai Kuching yang diadakan pada 20 Februari 2010 (Sabtu) anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sarawak. Program ini akan diadakan setiap minggu ketiga setiap bulan.

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah dijemput untuk turut serta bagi memeriahkan program tersebut dengan mengadakan Interaktif Batik dan Sulaman Manik serta jualan batik.

Sambutan amat menggalakkan di mana penglibatan pelbagai peringkat umur yang terdiri daripada pelancong luar negara, orang awam, pelajar sekolah menengah dan rendah menyertai aktiviti ini.

Penglibatan Pelancong Luar Negara

Penglibatan suami isteri dan anak-anak

Pengelibatan Belia

Wednesday, February 10, 2010

LAWATAN AKADEMIK

Isnin, 8 Februari 2010 seramai 20 orang pelajar dan 2 orang Pensyarah pengiring dari Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM Perak semester 04 membuat lawatan ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak.











Tuesday, February 9, 2010

ORIENTASI PENGELUARAN PRODUK BARU BEMBAN

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak sedang mengadakan Orientasi Pengeluaran Produk Baru Beg Bemban Bagi Pasaran Domestik Dan Antarabangsa bermula 1 - 5 Februari 2010 bertempat PKKM Cawangan Sarawak.

Seramai 11 orang usahawan yang terlibat terdiri daripada 5 usahawan Inkubator, 2 usahawan perantisan warisan anyaman, 2 usahawan bebas dan 2 usahawan latihan jangka pendek.

Produk-produk yang dibuat adalah pelbagai beg yang menggunakan anyaman bemban serta ditambah nilai dengan 'leather'. Ini adalah hasil rekaan daripada pereka-pereka Ibu Pejabat dan Cawangan.



Wednesday, February 3, 2010

MAKLUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa HAJI LENG BIN ENJAH (78 tahun) iaitu ayah kepada Encik Sudin b. Haji Leng (Pengawal Keselamatan PK 11) KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah kembali kerahmatullah pada 2 Febuari 2010 (malam) dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pada 3 Febuari 2010.

Mudah-mudahan roh beliau dimasukkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.

Amin...... AL-FATIHAH.