Thursday, April 22, 2010

PROMOSI BATIK DAN TENUN 2010


KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak akan mengadakan Promosi Batik dan Tenun di Miri Handicraft Center pada 20 - 25 Mei 2010. Usahawan dari Borneo dan Semanjung Malaysia akan membawa pelbagai produk tekstil, hasil rimba, seramik dan aneka kraf akan berkampung di Miri Handicraft Center untuk mempromosi dan membuat jualan produk kraftangan mereka.

Promosi ini akan dimariahkan juga dengan pelbagai aktiviti Interaktif, Demonstrasi, Persembahan Kebudayaan dan Program Bimbingan Teknikal.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Wednesday, April 21, 2010

BATIK CANTING MOTIF ETNIK SARAWAK

PERLAKSANAAN

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan telah mengadakan Bengkel Kemahiran Seni Peringkat Negeri Sarawak 2010 – Batik Canting Motif Etnik Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sarawak pada 15 April - 18 April 2010 bertempat di Dewan Suarah, Sri Aman.

Melalui program ini kumpulan telah didedahkan mengenai sejarah, proses, teknik dan reka corak etnik Sarawak batik tersebut. Kumpulan sasar ini juga berpeluang mengalami serta melakukan sendiri aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembuatan batik canting dari awal penyediaan peralatan sehinggalah menjadi sehelai skaf yang boleh digunakan.

Peranan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah menjadi Urusetia Bersama dan menyediakan 2(dua) orang tenaga pengajar, seorang penceramah yang membentang kertas kerja ‘Kraf Menyumbang Kepada Penambahan Pendapatan’, peralatan dan bahan untuk membatik, (kain, pemidang, canting, warna,kertas surih, pensil,selecate, rozin dan lilin).

KRAFTANGAN MALAYSIA juga mengadakan pameran mengenai Institut Kraf Negara (IKN), gambar-gambar pakaian 1 Malaysia dan mempamerkan produk-produk kraf batik etnik di samping mengadakan Interaktif batik canting kepada pelajar-pelajar yang membuat lawatan semasa program dijalankan.

Peranan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sarawak

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sarawak menjadi Urusetia Bersama dan pada hari pendaftaran seramai 35 peserta yang terdiri dari Bintulu, Serikei, Sri Aman dan Kuching telah melaporkan diri. Menurut maklumat yang diterima JKKN sambutan penyertaan amat menggalakkan di mana seramai 30 orang peserta dari Kuching terpaksa ditolak kerana penyertaan amat terhad.JKKN juga mengurus penyediaan lokasi, pengangkutan, penginapan,keraian peserta dan aktiviti riadah.

MAJLIS PENUTUPAN RASMI

Majlis Penutupan Rasmi telah dilakukan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Simoi bt. Haji Peri, ADUN N.32 Lingga pada 18 April 2010. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Residen Bahagian Sri Aman, Encik Abang Shanshudin b. Abang Seruji, Timbalan Pengarah JKKN, Tuan Haji Saini Lihi dan Ketua-Ketua Jabatan.

KESIMPULAN

Program/aktiviti kerjasama telah menjalinkan hubungan yang erat di antara agensi yang terlibat serta mengukuhkan lagi penghayatan dan rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan batik canting.

Hasil daripada maklumbalas daripada peserta, keseluruhannya berpuashati mengikuti aktiviti ini dan berjaya menyiapkan produk yang diarahkan dan meminta agar aktiviti/program ini dapat diteruskan untuk bengkel lanjutan.

KRAFTANGAN MALAYSIA telah mencapai sasaran untuk memberi pendidikan asas cara-cara mencanting dan mewarna batik kepada peserta yang terlibat.

HHB/hhb....

MAJLIS PENUTUPAN RASMI OLEH Y.B. PUAN HAJAH SIMOI BT. HJ. PERI
ADUN N.32 LINGGA
Menyambut ketibaan Y.B. Puan Hajah Simoi bt. Haji Peri
Y.B. Puan Hajah Simoi melakukan simbolik mewarnakan batik etnik Sarawak
Dari kiri Encik Haironi (PKKM), Tuan Haji Saini Lihi (Timbalan Pengarah JKKN), Y.B. Puan Hajah Simoi, Encik Abang Shamshudin Abang Seruji (Residen Bahagian Sri Aman) dan Encik Ismain Zakira (JKKN)
Persembahan daripada suku kaum Iban dan Melayu
Ucapan Y.B. Puan Hajah Simoi Haji Peri dan Ucapan Tuan Haji Saini Lihi


Tenaga pengajar dan peserta yang hadir
Penyampaian sijil kepada peserta

Penyampaian sijil kepada peserta

Penyampaian cenderamata kepada Yang Berhormat
Peserta bergambar beramai-ramai bersama Yang Berhormat
GERAK KERJA BENGKEL KEMAHIRAN SENI BATIK CANTING MOTIF ETNIK SARAWAK
Taklimat oleh tenaga pengajar

Peserta sedang membuat lakaran rekaan


Tenaga Pengajar menunjuk cara mencanting

Peserta sedang mencanting

Hasil canting yang telah dibuat

Peserta sedang mewarna

Peserta sedang mewarna

Hasil kerja yang telah diwarna

Hasil kerja yang telah diwarna

Peserta sedang melakar rekaan skaf

Peserta sedang mencanting rekaan motif

Peserta sedang mewarna

Peserta sedang mewarna

Hasil rekaan yang telah di warna

Peserta sedang menyelicate kain


Monday, April 12, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF - BATIK CANTING

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Sekolah Seni Kuching sekali lagi mengadakan pendidikan kraf Batik Canting yang diadakan di Sekolah Seni Kuching, d/a SMK Tun Abang Haji Openg, Perta Jaya Kuching.

Objektif yang disasarkan adalah seperti berikut ;
i. Memberi pendedahan teentang teknik-teknik membuat batik tulis kepada pelajar.
ii. Mengukuhkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran teori di kelas
iii. Menyediakan pelajar dengan kerja praktikal yang lebih baik terutamanya untuk PMR 2010

Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini adalah ;
i.  Pelajar Tingkatan 3 (Wajib)
ii. Pelajar yang mengambil jurusan seni visual (Ting. 1 dan Ting. 2)

Program ini telah dijalankan pada 29 Mac 2010 hingga 1 April 2010 ( 4 hari) dari jam 0800 pagi hingga 2200 malam.

Seramai 30 orang pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2010, Pendidikan Kesenian yang membuat Tugasan Individu dalam Bidang Seni Visual telah melakukan gerak kerja seperti tajuk yang diberikan seperti berikut ;

Pelajar dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan batik lukis yang bertemakan lanskap untuk menghadang ruang mengikut spesifikasi berikut :
Bahan : Kain, Saiz : 150 cm x 60 cm (1 penel sahaja), Teknik : Batik lukis
Hasil kerja : Hendaklah dimatikan warna dan diikat kemas pada bingkai Penghadang ruang

Gerak kerja telah dilakukan di dalam 2 kumpulan iaitu 15 orang untuk hari pertama dan kedua, manakala 15 orang lagi pada hari ketiga dan keempat.

Pelajar-pelajar telah ditujuk-ajar oleh dua (2) orang tenaga pengajar kraf batik dari KRAFTANGAN MALAYSAIA Cawangan Sarawak iaitu Encik Junaidi Suni dan Puan Hajah Saptuyah Edon.

Tenaga pengajar telah menekankan dan memberi lebih perhatian kepada proses mencanting dan mewarna kepada pelajar-pelajar berkenaan. Ini adalah kerana ke dua-dua perkara amat penting di dalam kerja-kerja membatik.

KESIMPULAN
i. Pada keseluruhannya pelajar-pelajar telah berjaya menghasilkan sehelai batik lukis yang bertemakan lanskap seperti yang dikehendaki.

ii. Hasil daripada temubual saya (Haironi) dengan beberapa orang pelajar, mengakui kurang berpuas hati dengan hasil kerja yang dibuat kerana masa yang singkat diperuntukkan.

iii. Mereka mahu membuat untuk kali yang kedua namun seperti yang dinyatakan oleh guru yang bertanggungjawab masa pelajar-pelajar terlalu limited/terhad untuk melakukan gerak kerja tersebut semula.

iv. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat ada bberapa pelajar yang mampu melakukan gerak kerja dengan baik dan cemerlang.
Pelajar-pelajar sedang mendengar tunjuk-ajar daripada tenaga pengajar dan sedang membuat lakaran.

Pelajar-pelajar sedang mewarna
Hasil kerja yang telah dilakukan oleh pelajar
Pelajar-pelajar sedang melakukan kerja-kerja mematikan warna