Monday, April 12, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF - BATIK CANTING

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Sekolah Seni Kuching sekali lagi mengadakan pendidikan kraf Batik Canting yang diadakan di Sekolah Seni Kuching, d/a SMK Tun Abang Haji Openg, Perta Jaya Kuching.

Objektif yang disasarkan adalah seperti berikut ;
i. Memberi pendedahan teentang teknik-teknik membuat batik tulis kepada pelajar.
ii. Mengukuhkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran teori di kelas
iii. Menyediakan pelajar dengan kerja praktikal yang lebih baik terutamanya untuk PMR 2010

Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini adalah ;
i.  Pelajar Tingkatan 3 (Wajib)
ii. Pelajar yang mengambil jurusan seni visual (Ting. 1 dan Ting. 2)

Program ini telah dijalankan pada 29 Mac 2010 hingga 1 April 2010 ( 4 hari) dari jam 0800 pagi hingga 2200 malam.

Seramai 30 orang pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2010, Pendidikan Kesenian yang membuat Tugasan Individu dalam Bidang Seni Visual telah melakukan gerak kerja seperti tajuk yang diberikan seperti berikut ;

Pelajar dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan batik lukis yang bertemakan lanskap untuk menghadang ruang mengikut spesifikasi berikut :
Bahan : Kain, Saiz : 150 cm x 60 cm (1 penel sahaja), Teknik : Batik lukis
Hasil kerja : Hendaklah dimatikan warna dan diikat kemas pada bingkai Penghadang ruang

Gerak kerja telah dilakukan di dalam 2 kumpulan iaitu 15 orang untuk hari pertama dan kedua, manakala 15 orang lagi pada hari ketiga dan keempat.

Pelajar-pelajar telah ditujuk-ajar oleh dua (2) orang tenaga pengajar kraf batik dari KRAFTANGAN MALAYSAIA Cawangan Sarawak iaitu Encik Junaidi Suni dan Puan Hajah Saptuyah Edon.

Tenaga pengajar telah menekankan dan memberi lebih perhatian kepada proses mencanting dan mewarna kepada pelajar-pelajar berkenaan. Ini adalah kerana ke dua-dua perkara amat penting di dalam kerja-kerja membatik.

KESIMPULAN
i. Pada keseluruhannya pelajar-pelajar telah berjaya menghasilkan sehelai batik lukis yang bertemakan lanskap seperti yang dikehendaki.

ii. Hasil daripada temubual saya (Haironi) dengan beberapa orang pelajar, mengakui kurang berpuas hati dengan hasil kerja yang dibuat kerana masa yang singkat diperuntukkan.

iii. Mereka mahu membuat untuk kali yang kedua namun seperti yang dinyatakan oleh guru yang bertanggungjawab masa pelajar-pelajar terlalu limited/terhad untuk melakukan gerak kerja tersebut semula.

iv. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat ada bberapa pelajar yang mampu melakukan gerak kerja dengan baik dan cemerlang.
Pelajar-pelajar sedang mendengar tunjuk-ajar daripada tenaga pengajar dan sedang membuat lakaran.

Pelajar-pelajar sedang mewarna
Hasil kerja yang telah dilakukan oleh pelajar
Pelajar-pelajar sedang melakukan kerja-kerja mematikan warna

No comments:

Post a Comment