Thursday, July 1, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF BATIK UNTUK GURU-GURU PENDIDIKAN SENI ZON A

Selasa, 29 Jun 2010 : Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Pendidikan Kraf Batik untuk Guru-Guru Pendidikan Seni Zon A dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Kuching di Dewan SK Merpati Jepang, Kuching.

Program Pendidikan Kraf Batik adalah merupakan pendedahan awal kepada guru-guru Pendidikan Seni untuk mempelajari cara dan bagaimana mencanting dan mewarna batik disamping menjual dan mempromosi buku-buku terbitan KRAFTANGAN MALAYSIA bagi kegunaan Panitia Seni Visual (PSV) sekolah. Ini membolehkan mereka mengajar dan menyampai maklumat kepada pelajar.

Seramai 2 orang guru lelaki dan 23 guru perempuan Pendidikan Seni dari pelbagai sekolah rendah SK dan SJC sekitar Zon A telah hadir dan mengambil bahagian.

Guru-guru telah diberi penerangan mengenai Visi, Misi dan Objektif KRAFTANGAN MALAYSIA serta fungsi Bahagian Pemuliharaan Kraf Cawangan Sarawak serta makluman mengenai keluaran buku-buku terbitan KRAFTANGAN MALAYSIA. Manakala gerak kerja telah ditunjuk ajar oleh 2 orang tenaga pengajar kraf Cawangan. Guru-guru telah diarahkan untuk membuat hiasan dinding secara bebas.

Sepanjang gerak kerja yang dilakukan guru-guru telah memberi perhatian yang sepenuhnya dan berjaya menghasilkan sebuah hiasan dinding.

Hasil daripada pemerhatian yang dibuat program ini amat membantu KRAFTANGAN MALAYSIA untuk memperkenalkan pelbagai seni kraf kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah melalui guru-guru seni mereka.

Maklum balas daripada beberapa guru yang mengambil bahagian mengharapkan agar program ini dapat dipeluaskan serta diteruskan lagi kepada guru-guru seni dan pelajar-pelajar untuk menanamkan minat mereka kepada seni kraf tempatan. hhb..

                                    GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Gerak kerja mencanting dilakukan oleh guru-guru

Pengarah KRAFTANGANMALAYSIA cawangan Sarawak, Encik Sahaimi Abdul Manaf sedang memerhati gerak kerja yang dilakukan oleh guru
Kerja -kerja mewarna dilakukan

Guru-guru bergambar beramai-ramai dengan hasil kerja mereka




No comments:

Post a Comment