Tuesday, December 6, 2011

PROMOSI & JUALAN


Satok Fest’ 2011 Di Kuching Waterfront


Kuching, Sarawak – Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok (PKPS) dengan kerjasama pihak kerajaan, swasta dan badan NGO telah menganjurkan Satok Fest’ 2011 kali ke 5 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak bermula pada 1 hingga 4 Disember 2011. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput bagi menyertai aktiviti promosi dan jualan di mana Kraftangan Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Amar Abg Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abg Haji Openg, Menteri Perumahan Dan Menteri Pelancongan Sarawak pada 2 Disember 2011 mulai jam 8.00 malam.

Satok Fest’ 2011 ini bertujuan untuk memertabatkan Satok sebagai hub tarikan pelancongan dan memberi peluang dan galakan kepada pengusaha untuk memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di Satok disamping mencari pasaran baru di Satok serta menyokong aktiviti yang dijalankan oleh pihak penganjur.

19 orang usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil rimba, tekstil, seramik dan aneka kraf terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru di sekitar Kuching.


Usahawan yang terlibat dalam festival ini :

1. Manita Enterprise (Kayu)
2. Sandora Craft Collection (Batik)
3. Tradelinks Management System (Seramik)
4. Alis Ameer Enterprise (Batik)
5. B-Jang Arts & Crafts (Kayu)
6. Ros Handicraft (Manik) 
7. Seni Buluh Enterprise (Ukiran Buluh)
8. Borneo Oricraft Company (Tenunan Pua)
9. Koperasi Kraftangan Abit Serian (Anyaman Rotan)
10. Rinda Craft (Aneka Kraf)
11. Lika Annie (Aneka Kraf)
12. Bidakraf (Kulit Kayu)
13. Victoria Enterprise (Manik Seramik)
14. Sharifah Handicraft (Manik Seramik)
15. Heliconia Craft Collection (Manik Seramik)
16. Olumis Enterprise (Aneka Kraf)
17. Pegari Enterprise (Aneka Kraf)
18. Jenza Enterprise (Aneka Kraf)
19. Putit Lamat (Ukiran Khat)




Usahawan kraf B-Jang Arts & Crafts sedang menghasilkan aksesoris berasaskan kayu

Kepelbagaian aksesoris manik yang dihasilkan oleh usahawan kraf manik

Usahawan kraf rotan sedang memberi penerangan mengenai kegunaan produk rotan

Kelihatan pengunjung sedang melihat lukisan batik yang dipamerkan

Kepelbagaian rupa, bentuk dan warna batik yang dihasilkan oleh usahawan kraf batik ini


1 comment:

  1. where are your place, i wish to do plat for my office - ' kindly please remove your shoes'
    may u please help me?
    please call us 085-423373 URGENT

    ReplyDelete