Ekspo Beli Barangan Malaysia Dan Peluang
Perniagaan Francais Negeri Sarawak
Miri,
Sarawak – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) telah
menganjurkan Ekspo Beli Barangan Malaysia Dan Peluang Perniagaan Francais
Negeri Sarawak pada 24 hingga 28 November 2011 bertempat di Bintang Megamall, Miri,
Sarawak. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput untuk
menyertai aktiviti jualan di mana Kraftangan Malaysia merupakan salah satu
agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
(KPKK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hajah Rohani binti Abdul
Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
Malaysia pada 24 November mulai pukul 2.00 petang.
Ekspo
ini bertujuan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara di samping
meningkatkan perbelanjaan domestik di kalangan masyarakat serta mempromosi dan
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang produk tempatan yang variasi dan
bermutu tinggi setanding dengan produk luar negara.
6 usahawan kraf Sarawak
dalam bidang hasil rimba, tekstil dan seramik terlibat di mana usahawan
memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru.
Usahawan yang terlibat dalam ekspo ini :
1. Malek Batik (Batik
Painting)
2. Borneo Oricraft Company
(Tenunan Pua Kumbu)
3. Imor Kraf (Anyaman
Rotan)
4. Koperasi Kraftangan Abit
Serian (Anyaman Rotan)
5. Bengkel Manik Seramik
(Manik Seramik)
6. Mirit Tai (Manik
Seramik)
Dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia |
Usahawan yang dipilih
adalah usahawan yang boleh berdikari dan dapat membiayai sendiri kos yang
terlibat dalam promosi ini serta mereka juga berkemampuan untuk membuat
perundingan bagi tempahan dan pengeluaran.
Lawatan Timbalan Menteri KPDNKK ke tapak ekspo |
Usahawan kraf rotan sedang memberi penerangan tentang produk kraf yang dihasilkan |
Keunikan dan tradisional tenunan pua yang di bawa oleh usahawan kraf tenunan pua ini |
Pelbagai jenis rupa dan warna batik yang dihasilkan oleh usahawan kraf batik ini |
No comments:
Post a Comment