BICARA DAN BENGKEL WARISAN ADIGURU KRAF PASU IBAN
DI SARAWAK TOURISM COMPLEX @ oleh Haironi bin Haji Bohari
PENGENALAN
Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mengadakan Pendidikan / Interaktif Kraf dan Bicara dan Bengkel Bicara Warisan Adiguru Kraf Pasu Iban bertempat di Sarawak Tourism Complex sepanjang Promosi Kraf Malaysia & Karnival KPKK 2011 pada 22 Julai – 31 Julai 2011.
Seramai 490 orang pelajar-pelajar IPTA, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Persatuan NGO’s , orang awam dan pelancong telah mengambil bahagian.
Karnival Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) turut sama mengisi pelbagai aktiviti dan sidang ilmu sepanjang promosi dilangsungkan.
MAJLIS PERASMIAN
Majlis perasmian Promosi Kraf Malaysia & Karnival KPKK telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Gramong Juna, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak.
Turut hadir adalah Encik Resat b Salleh, Pengerusi Karnival Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Sarawak, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak Encik Mohd. Zahari Razali, Encik Sahaimi Abdul Manaf, mewakili Ketua Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA, Pengarah-Pengarah agensi di bawah KPKK, Ketua-ketua Jabatan, para jemputan dan pelajar-pelajar sekolah.
Yang Berhormat juga berkesempatan melawat dan beramah mesra dengan semua usahawan-usahawan yang disertai oleh 63 orang usahawan kraf termasuk 21 usahawan Sarawak, 39 daripada Semenanjung Malaysia dan 3 dari Sabah.
GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PERASMIAN
Yang Berhormat Datuk Gramong Juna diiringi oleh Encik Sahami Abdul Manaf masuk ke dewan perasmian |
Dari kanan Encik Sahaimi Abdul Manaf, Encik Resat Salleh, YB Datuk Gramong Juna |
Para jemputan yang hadir
Ucapan Encik Resat Salleh, Pengerusi Karniva KPKK Ucapan Encik Sahaimi Abdul Manaf, mewakili
Ketua Pengarah KRAFTANGAN MALAYSIA
Yang Berhormat Datuk Gramong Juna, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak menyampaikan ucapan Perasmian |
Yang Berhormat Datuk Gramong Juna melakukan gimik perasmian Promosi Kraf Malaysia dan Karnival KPKK 2011 |
P enyampaian sumbangan gran kepada usahawan Penyampaian hadiah Sukan KPKK
Yang Berhormat bergambar bersama-sama penerima sumbangan gran dan pemenang Sukan KPKK |
Yang Berhormat Datuk Garamong Juna membuat lawatan sambil beramah mesra dengan usahawan
PENDIDIKAN KRAF MEGA
Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah berjaya mengadakan Pendidikan Kraf Mega pada 22 Julai 2011 (Jumaat) bersempena dengan perasmian pada hari tersebut.
Seramai 210 orang pelajar-pelajar IPTA, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah beserta dengan Pensyarah/Guru pengiring dari UiTM Kota Samarahan. MRSM, Kuching, Kolej Komuniti Kuching, Sekolah STAR, SMK Bandar Semariang, SK Gita II dan SK Rampangi telah melakukan pendidikan kraf dalam bidang batik canting, sulaman manik, anyaman buluh dan anyaman rotan.
Yang Berhormat Datuk Gramong Juna turut menyaksikan aktiviti pendidikan kraf dan telah menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menghasilkan produk yang cantik.
GAMBAR-GAMBAR PENDIDIKAN KRAF MEGA
Pelajar-pelajar yang hadir dan Ucapan Perasmian oleh Puan Salmi Mohd. Isa
BICARA DAN BENGKEL WARISAN ADIGURU KRAF PASU IBAN
Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak juga telah berjaya mengadakan Bicara dan Bengkel Warisan Adiguru Kraf Pasu Iban pada 24 Julai 2011 (Ahad).
Seramai 110 orang pelajar-pelajar dari IPTA beserta dengan Pensyarah / Pengiring dari UiTM (Falkuti Pengurusan Hotel dan perlancongan), UiTM (Falkuti Seni Halus & Seni Reka) dan Kolej Komuniti Kuching telah menyertai Bicara Warisan dan gerak kerja pembuatan pasu Iban serta pembuatan pasu teknik lingkaran.
Sebelum itu pelajar-pelajar telah mengikuti Bicara Warisan bertajuk Seni Kraf Seramik Warisan Sarawak : Pengekalan Dam Pembangunan. Ahli penel yang telah dijemput adalah Encik Andah ak. Lembang, Adiguru Kraf Pasu Iban, Encik Gerald Goh, Pengarah Urusan SARAKRAF, Encik Tazudin Mokhtar, Korator Muzium Negeri Sarawak dan Encik Haironi b Haji Bohari selaku moderator.
Gerak kerja membuat pasu Iban telah ditunjukajar oleh Encik Andah ak Lembang bersama-sama 4 orang pembantunya manakala pembuatan pasu dengan teknik lingkaran telah dilakukan oleh pelajar-pelajar ditunjukajar oleh Encik Ismail Ibrahim dan dibantu oleh bebarapa usahawan seramik.
Demonstrasi teknik lemparan alin (throwing) dan tuangan slip (casting) turut diperlihatkan kepada pelajar-pelajar.
GAMBAR-GAMBAR BICARA DAN BENGKEL WARISAN
Encik Azran Arip melakukan majlis persamian dan sebahagian pelajar yang hadir
Dari kiri Encik Andah ak Lembang, Encik Gerald Goh, Encik Tazudin Mokhtar dan Encik Haironi b Haji Bohari |
Sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2011 diadakan, Bahagian Pemuliharaan KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah berjaya mengadakan Pendidikan / Interaktif Kraf pada 23, 25 – 31 Julai 2011.
Aktiviti telah melibatkan penyertaan seramai 170 pelajar-pelajar Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, orang awam dan pelancong beserta dengan guru pengiring dari SK Encik Buyong, SK Satria Jaya, SMK Tun Abang Haji Openg, SMK Demak Laut, SMK Tabuan Jaya dan Penyelia KEMAS Kuching.
Pendidikan / Interaktif yang dilaksanakan seperti batik canting, sulaman manik, anyaman buluh dan anyaman rotan. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada anggota kerja seperti Hajah Saptuyah Mohd. Edoon, Puan Udaidah Hj. Suhaili, Prida Agustin, Brahim Saidi dan dibantu oleh usahawan-usahawan kraf.
No comments:
Post a Comment