TAKLIMAT PENGESAHAN
PENYERTAAN USAHAWAN KRAF SARAWAK BAGI
HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2012
Kuching,
Sarawak – Pada 5 Mac 2012 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat PKKM Sarawak, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
melalui Unit Promosi telah mengadakan sesi taklimat pengesahan penyertaan
usahawan kraf Sarawak bagi penyertaan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 yang akan
diadakan pada 21 Mac hingga 2 April 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala
Lumpur.
Sesi taklimat ini disempurnakan oleh Pengarah Kraftangan
Malaysia Cawangan Sarawak, Encik Sahaimi Abd Manaf dengan memberi kata-kata
peransang dan ucapan tahniah kepada usahawan yang disahkan penyertaan untuk
menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 ini.
Seramai
18 usahawan kraf Sarawak telah disahkan penyertaan dari Bah. Pasaran &
Promosi Ibupejabat menyertai promosi yang kali ke sepuluh diadakan sejak tahun
2003 yang bertemakan " Kraf Penjana Ekonomi Rakyat " yang membawa
maksud produk kraf bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan harian malah ia
boleh dijadikan satu perniagaan yang dapat menyumbang kepada peningkatan
ekonomi negara, sekali gus dapat memakmurkan rakyat Malaysia.
Dalam
sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Promosi & Pemuliharaan,
Puan Salmi Hj Mohd Isa dibantu oleh En Mohd Hafiz Mohd Hashim serta pegawai
unit Promosi yang lain.
Taklimat
ini diadakan bagi memaklumkan kepada usahawan yang telah disahkan untuk
menyertai promosi ini dan juga memberi sedikit makluman dan penerangan mengenai
peraturan serta syarat-syarat semasa promosi ini berlangsung. Usahawan juga
diminta bersedia dengan produk baru yang terbaik dan membuat persiapan awal yang sepatutnya untuk
kali ini.
Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!
ReplyDelete