Monday, March 12, 2012

PROMOSI & JUALAN - HKK 2012


TAKLIMAT PENGESAHAN PENYERTAAN USAHAWAN KRAF SARAWAK BAGI
HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2012

Kuching, Sarawak – Pada 5 Mac 2012 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat PKKM Sarawak, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak melalui Unit Promosi telah mengadakan sesi taklimat pengesahan penyertaan usahawan kraf Sarawak bagi penyertaan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 yang akan diadakan pada 21 Mac hingga 2 April 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.


Sesi taklimat ini disempurnakan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Encik Sahaimi Abd Manaf dengan memberi kata-kata peransang dan ucapan tahniah kepada usahawan yang disahkan penyertaan untuk menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 ini.

Seramai 18 usahawan kraf Sarawak telah disahkan penyertaan dari Bah. Pasaran & Promosi Ibupejabat menyertai promosi yang kali ke sepuluh diadakan sejak tahun 2003 yang bertemakan " Kraf Penjana Ekonomi Rakyat " yang membawa maksud produk kraf bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan harian malah ia boleh dijadikan satu perniagaan yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, sekali gus dapat memakmurkan rakyat Malaysia.


Dalam sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Promosi & Pemuliharaan, Puan Salmi Hj Mohd Isa dibantu oleh En Mohd Hafiz Mohd Hashim serta pegawai unit Promosi yang lain.

Taklimat ini diadakan bagi memaklumkan kepada usahawan yang telah disahkan untuk menyertai promosi ini dan juga memberi sedikit makluman dan penerangan mengenai peraturan serta syarat-syarat semasa promosi ini berlangsung. Usahawan juga diminta bersedia dengan produk baru yang terbaik dan membuat persiapan awal yang sepatutnya untuk kali ini.





1 comment:

  1. Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!

    ReplyDelete