Monday, December 3, 2012

EKSO BELI BARANGAN MALAYSIA 2012 - BINTANG MEGAMALL, MIRI



Miri, Sarawak – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) sekali lagi telah menganjurkan Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 pada 22 hingga 25 November 2012 bertempat di Bintang Megamall, Miri, Sarawak. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput untuk menyertai aktiviti jualan di mana Kraftangan Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Encik Lawrence Lai Yew Son, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri pada 22 November mulai pukul 2.30 petang.



Ekspo ini bertujuan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara di samping meningkatkan perbelanjaan domestik di kalangan masyarakat serta mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang produk tempatan yang variasi dan bermutu tinggi setanding dengan produk luar negara. 




6 usahawan kraf Sarawak dalam bidang hasil rimba, tekstil, logam dan seramik terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru. Usahawan yang terlibat dalam ekspo ini :

Bil.
Nama Usahawan / Syarikat
Bidang Kraf
Produk Kraf
1
Malek Batik
Tekstil
Batik Painting
2
Noel Batik
Tekstil
Batik Painting
3
Johnny Barangan
Logam
Senjata Tradisional
4
Edmund Pawie
Hasil Rimba
Anyaman Rotan
5
Ros Handicraft
Aneka Kraf
Aksesoris Manik
6
Mirit Tai
Hasil Tanah
Manik Seramik



Usahawan yang dipilih adalah usahawan yang boleh berdikari dan dapat membiayai sendiri kos yang terlibat dalam promosi ini serta mereka juga berkemampuan untuk membuat perundingan bagi tempahan dan pengeluaran.






1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete