Wednesday, May 5, 2010

PESTA KAUL MUKAH 2010


Pesta Kaul Mukah 2010 anjuran Pejabat Residen Mukah telah diadakan pada 21 hingga 25 April 2010 di Tapak Dataran Pantai Kala Dana, Mukah. Aktiviti telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri  (Dr.) Hj. Abdul Taib Mahmud pada 24 April 2010.

Ini adalah merupakan kali ke-8 KRAFTANGAN MALAYSIA menyertai Pesta Kaul Mukah 2010. 10 orang usahawan kraf tangan dalam bidang hasil rimba dan aneka kraf terlibat di mana usahawan memasarkan terus produk kraf kepada pengguna di samping mencari pasaran baru di Mukah.

Usahawan yang dipilih adalah usahawan yang boleh berdikari dan dapat membiayai sendiri kos yang terlibat dalam promosi ini serta mereka juga berkemampuan untuk membuat perundingan bagi tempahan dan pengeluaran.

Julan tunai semua usahawan yang terlibat sepanjang pesta ini adalah RM 20,923.50



Permaianan 'tibau' yang sinonim setiap kali Pesta Kaul Mukah
Koperasi Kraftangan Abit
Usahawan Manita Enterprise

Usahawan KRAFTANGAN MALAYSIA
Suasana mariah ketika berlangsungnya Pesta Kaul Mukah 2010


 

 

No comments:

Post a Comment