Sunday, November 29, 2009

SAMBUTAN HARI KUALITI TAHUN 2009







KRAFTANGAN MALAYSIA yang diwakili oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah memenangi Anugerah Inovasi Terbaik sempena Sambutan hari Kualiti Tahun 2009 Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) yang telah diadakan di Komplek Kraf Kuala lumpur.

PKKM Cawangan Sarawak telah menerima Sijil Penghargaan Khas serta sebuah tropi yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Rais Yatim.

PKKM Cawangan sarawak telah mempertandingkan Inovasi Peralatan Tenunan Pua yang merupakan projek di bawah Aktiviti Kajian Teknologi Bahagian Teknikal.

Sebanyak 18 Jabatan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) telah mengadakan pameran Jabatan masing-masing.PKKM Cawangan Sarawak telah membuat demonstrasi penggunaan peralatan tenunan yang memenangi anugerah dan peralatan tradisional. Projek ini telah diketuai oleh Encik Azran bin Arip.

Selain daripada Anugerah Inovasi Terbaik KRAFTANGAN MALAYSIA juga telah memenangi 2 lagi kategori iaitu Anugerah Esei Terbaik dan Anugerah Pengurusan Kewangan dan Akaun Terbaik.

No comments:

Post a Comment