Thursday, August 5, 2010

CERAMAH SARAWAKIANA DI PUSTAKA NEGERI SARAWAK

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput oleh Pustaka Negeri Sarawak untuk memberi ceramah Sarawakiana yang meliputi tajuk-tajuk ceramah berkaitan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak. Ceramah yang disampaikan adalah bertajuk 'Anyaman Tikar Sarawak Dan Anyaman Tikar Bergerang' pada 29 Julai 2010 @ 1430 hingga 1630 petang di Bilik Seminar 1 & 2, Aras 1 Pustaka Negeri Sarawak.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Haironi Bin Haji Bohari (PPEE-Bahagian Pemuliharaan).

Seramai lebih kurang 80 orang peserta yang hadir, terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, persatuan-persatuan budaya, Ngo's, aktivis budaya dan orang awam pada hari tersebut.

Encik Haironi Bin Haji Bohari sedang menyampaikan ceramah
Peserta yang menghadiri ceramah

Penyampaian cendramata oleh Encik Edison Ricket

No comments:

Post a Comment