SADONG
JAYA, KOTA SAMARAHAN – Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah
mengadakan Majlis Menandatangan & Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru
Kraf 2014 dalam bidang Anyaman Tikar Bergerang oleh Puan Ngot binti Bi di
Kampung Semera Ulu, Sadong Jaya, Asajaya, Sarawak pada 19 Januari 2015 (Isnin)
baru-baru ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh YB. Ir Aidel Lariwoo, ADUN
N.20 Sadong Jaya dan dihadiri bersama Puan Ruslah binti Khalid, Pengarah
Bahagian Pemuliharaan Ibupejabat serta Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan
Sarawak, Encik Azran bin Arip.
Majlis ini diadakan bagi
memberi penghormatan & pengiktirafan kepada beliau iaitu Puan Ngot binti Bi
dalam seni pembuatan kraf warisan Sarawak ‘Anyaman Tikar Bergerang’ kerana
ketekunan & keyakinan beliau di dalam menghasilkan anyaman Tikar Bergerang
yang bermutu serta kemas dengan motif-motif alam semulajadi menjadikan
pembuatan Tikar Bergerang beliau diminati oleh pelbagai pihak. Di atas usaha
& keunikan Tikar Bergerang tersebut, beliau pernah menerima anugerah ‘Seal
of Excellent’ dari UNESCO pada tahun 2005.
Pemberian hadiah berupa cek kepada Puan Ngot binti Bi sebagai Adiguru Kraf 2014 dalam bidang anyaman tikar bergerang |
Anugerah Adiguru Kraf ini
diberi kepada seorang tokoh kraf (master craftmen) melalui pemilihan kriteria iaitu
mempunyai pengetahuan & kemahiran tinggi dalam bidang kraf serta kepakaran
dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, pengubahan produk &
pengeluaran barangan kraf warisan bangsa. Berperanan penting dalam usaha
memulih & memelihara seni kraf warisan serta bersungguh-sungguh menurunkan
kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai
kesinambungan. Kreatif & inovatif dalam usaha memaju & meningkatkan
kualiti produk kraf yang dihasilkan.
Penyampaian cenderamata kepada YB. Ir Aidel Lariwoo, ADUN N.20 Sadong Jaya oleh Encik Azran Arip, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
Antara beberapa coretan
semasa majlis ini berlangsung….
|
No comments:
Post a Comment