Wednesday, September 18, 2013

LAGIIII.... CORET-CORET PROMOSI KRAF MALAYSIA KUCHING SARAWAK 2013

PERTANDINGAN MENCARI HARTA KARUN "KRAF" MERDEKA RAYA @haironi

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Pertandingan Mencari Harta Karun 'KRAF' Merdeka Raya pada 1 September 2013 (Ahad) untuk sekolah-sekolah menengah di sekitar Kuching. Seramai 60 orang pelajar dari sekolah Maktab Rendah Sains MARA Kuching (MRSM), Sekolah Menengah (A) Tun Ahmad Zaidi, Kuching, SMK St. Thomas, Kuching, Sekolah Seni Kuching, SMK Tabuan Jaya, Kuching, SMK Padugan, SMK Gedong Serian, Kolej Abdillah Kuching, SMK Matang Hilir dan SMK Demak Baru telah menyertai pertandingan ini.

Soalan-soalan yang diberikan adalah berkisar kepada produk-produk kraf, Sejarah Pembangunan Negeri Sarawak dan Hari Raya. Pada keseluruhannya aktiviti ini amat berjaya dengan penglibatan pelajar-pelajar telah berjaya menjawab hampir 65 % betul.

Perlepasan Pertandingan Mencari Harta Karun 'KRAF' Merdeka Raya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg, Menteri Perlancongan Sarawak.

Di atas kerjasama semua anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak serta agensi seperti Kementerian Perlancongan Sarawak, Jabatan Kebudayaan Kesenian Dan Warisan Sarawak, Arkib Negara Sarawak, TDC Sarawak dan Jabatan Muzium aktiviti ini berjalan dengan lancar dan diucapkan jutaan terima kasih.

 Pelajar-pelajar yang mangambil bahagian


 Perlepasan yang dilakukan oleh YB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg


 Pelajar-pelajar sedang menjawab soalan yang diberikan

 Pelajar-pelajar membuat gerak kerja akhir iaitu mewarna batik


Penyampaian hadiah

No comments:

Post a Comment