Thursday, October 3, 2013

PENDIDIKAN KRAF MEGA : "KRAF BERSAMA ANDA"

Isnin : 30 September 2013:  Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Kuching telah mengadakan Pendidikan Kraf Mega : "KRAF BERSAMA ANDA" untuk kali yang ke-2 di Pustaka Negeri Sarawak.

Pendidikan Kraf Mega pada kali adalah serentak dengan Program RIMUP (Rancangan Intergrasi Untuk Perpaduan) Pasca UPSR 2013. Sebanyak 56 buah sekolah rendah Daerah Kuching telah terlibat dengan penglibatan 112 orang Guru Pengiring dan 402 murid-murid Tahun 6.

Pendidikan Kraf yang dijalankan adalah Mewarna Batik, Sulaman Manik, Anyaman Rotan dan Melukis serta Mewarna Seramik. Seramai 17 orang Tenaga Pengajar terdiri daripada anggota kerja KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak dan dibantu oleh 8 orang usahawan bagi menjayakan aktiviti ini.

GAMBAR-GAMBAR









No comments:

Post a Comment