Wednesday, January 22, 2014

LAWATAN RASMI PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA KE KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK

Kuching, Sarawak – Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah menerima lawatan rasmi oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia ke pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak pada 20 Januari 2014 (Isnin) pada jam 11.00 pagi.

Lawatan rasmi beliau ke Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak merupakan pertama kali hadir walaupun beberapa kali datang ke Sarawak. Dalam taklimat beliau sampaikan, beberapa perkara telah beliau cadangkan supaya Kraftangan Malaysia melakukan beberapa perubahan untuk meningkatkan pendapatan usahawan kraf serta memajukan industri kraf sejajar dengan perubahan ekonomi sekarang.

Selamat datang diucapkan kepada Pengerusi Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan ke pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
Ketibaan beliau disambut oleh anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
Beliau sedang menandatangani buku pelawat sebagai tanda melawat ke pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
Beliau sedang melawat di pusat rekaan dan mendengar penerangan ringkas oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, En. Sahaimi Abd Manaf mengenai penggunaan peralatan inovasi baru tenunan pua.
Beliau melawat ke bilik kajian dan sedang menemu ramah seorang bekas pelatih Institut Kraf Negara mengenai tenunan songket Sarawak.
Beliau melawat ke bengkel inkubator usahawan.

Beliau sedang melihat kepelbagaian beg bemban yang dihasilkan oleh Pn. Senia ak Jugi (Bengkel Pembuatan Beg).
Beliau melawat ke bengkel batik dan melihat hasil kreativiti serta kualiti batik yang dihasilkan.
Beliau melawat ke bilik galeri warisan.
Beliau sedang melihat perbezaan teknik tenunan kain songket Sarawak dengan songket di Semenanjung.
Beliau melawat ke bilik jualan dan melihat hasil produk seramik dijadikan perhiasan diri yang dihasilkan oleh Pn. Sharifah Rosni Wan Saimi (Sharifah Handicraft).
Beliau juga melihat hasil produk perahu penambang yang dihasilkan oleh En. Muhammad Julaihee (Manita Enterprise).
Bergambar bersama Pengerusi Kraftangan Malaysia dan anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.

No comments:

Post a Comment