Wednesday, December 25, 2013

BIMBINGAN TEKNIKAL (HIASAN PERMUKAAN) DI KAMPUNG SIRU, SEMATAN

Tenaga Pengajar, Staf Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dan Para Peserta BT


Baru-baru  ini pada tarikh 26-29 November 2013, KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Usahawan telah bekerjasama dengan Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Kerajaan Negeri Sarawak bagi melaksanakan aktiviti Bimbingan Teknikal (Hiasan Permukaan) di Kampung Siru, Sematan. 

Ianya telah diselaraskan oleh 2 orang anggota kerja bersama seorang tenaga pengajar pakar jemputan dalam bidang hiasan permukaan iaitu Encik Jefry bin Morshidi. Program ini telah disertai seramai 19 orang penduduk tempatan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia dan beberapa orang dewasa.   


Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada pengusaha dan penduduk tempatan dalam memberi nilai tambah kepada hasilan produk siput supaya mendapat tempat di hati pembeli tempatan dan orang luar. Di samping itu, diharap agar para belia dapat membantu para pengusaha yang sedia ada dalam pengeluaran produk siput mereka dan tujuan lain nya adalah untuk memupuk minat belia dalam bidang kraftangan serta memupuk minat mereka menjadi usahawan pada masa akan datang.    

.
     JADUAL BIMBINGAN TEKNIKAL HIASAN PERMUKAAN SIPUT

Hari Pertama
26.11.2013
a.    Pengenalan kepada bahan dan peralatan
-          Penyesuaian kepada penggunaan       bahan mengikut rekaan
-             Penggunaan peralatan yang sesuai
b.    Pengenalan serta mengenalpasti teknik    dan kaedah tulisan tangan
c.        Pembahagian kumpulan
-          Gerak Kerja 1: menyediakan produk    mengikut rekaan

Hari Kedua
27.11.2013
a.   Sambungan Gerak Kerja 2
-      Penekanan kepada teknik pemasangan/penghasilan
-      Pemilihan siput yang sesuai
-      Pemilihan bahan dan warna yang sesuai

Hari Ketiga
28.11.2013
a.   Sambungan Gerak Kerja 3
-      Penekanan teknik pemasangan
        magnet
-          Pemilihan siput yang sesuai
-          Pemilihan bahan dan warna yang sesuai

Hari Keempat
29.11.2013
a.   Sambungan Gerak Kerja 4
-     Penilaian



GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN

  • Bahan Mentah Yang Digunakan


1.    Siput Jara                                                              2. Siput Bulan

                       


3. Siput Terendak                                                       4. Siput Buah

                        



  •  Hari Pertama









  • Hari Kedua
                                             





  • Hari Ketiga






  • Hari Keempat
















*****Eezy


1 comment: