Monday, October 4, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF bersama PELAJAR UiTM SARAWAK

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak melalui Bahagian Pemuliharaan telah mengadakan Pendidikan Kraf pada 2 Oktober 2010 (Sabtu). Ianya bertujuan mengajar asas menyulam manik, membuat seramik dan mencanting batik serta menyampaikan maklumat mengenai seni kraf warisan.

Seramai  30 orang pelajar-pelajar Program Diploma Pengurusan Pelancongan Universiti Teknologi MARA Sarawak (UiTM) yang di Ketuai oleh Puan Dayang Sandrawati bt Abang Josmani dan Puan Patricia Melvin Jussem serta 3 orang Pensyarah pengiring. Ini membolehkan mereka memahami nilai erti kesabaran, kesungguhan dan keyakinan dalam membuat kraf tangan yang diajarkan.

Program ini telah menarik minat dan merupakan pengalaman baru kepada semua pelajar di samping menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri ke arah memertabatkan kraf kita. Hasil daripada maklumbalas daripada peserta, keseluruhannya berpuashati mengikuti aktiviti ini dan berjaya menyiapkan produk yang diarahkan dan meminta agar aktiviti/program ini dapat diteruskan. Hhb..

                                                          GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Pelajar mendengar taklimat mengenai Kraftangan Malaysia oleh Encik Haironi b Haji Bohari (dua dari kanan) dan
Puan Dayang Sandrawati bt Abang Josmani – Ketua Program Pengurusan Pelancongan UiTM (lima dari kanan)


                                                           Lawatan ke Bilik Pameran dan Geleri Warisan

                                                                   SULAMAN MANIK

Pelajar yang telah berjaya menyiapkan sulaman manik

BATIK CANTING

Pelajar yang telah berjaya menyiapkan batik canting


     SERAMIK

 Pelajar yang telah berjaya menyiapkan hasil kerja mereka

GAMBAR BERAMAI-RAMAI 
  

No comments:

Post a Comment