Monday, December 28, 2009

PAMERAN ADIGURU KRAF

Bahagian Pemuliharaan Kraf Cawangan Sarawak akan mengadakan Pameran Adiguru Kraf dan hasil kraftangan pribumi Sarawak bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Ke-30 Sumpah Budayawan Dan Seniman Muda SEDAR Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (Lama) di Petra Jaya Kuching pada 30 - 31 Disember 2009.

Selain daripada pameran kraftangan terdapat juga pameran lain seperti fotografi yang memaparkan Sejarah Sumpah Budayawan,fotografi kegiatan pengiat seni seperti tarian, teater, seni lukis dan jualan kuih-kuih tradisional.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pertandingan karaoke, forum dan acara kerohanian sepanjang program ini dijalankan.

Program ini akan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Amar Haji Abang Johari bin Tun Abang haji Openg, Menteri Pembangunan Perumahan Dan Bandar Sarawak dan Majlis Penutupan akan dilakukan oleh Y.B. Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan Dan Pengurusan Sumber II, Menteri Kemudahan Awam.

No comments:

Post a Comment